Kejayaan SPNB

 

ANUGERAH PROPERTY INSIGHT PRESTIGIOUS DEVELOPER AWARDS

Pada tanggal 1 April 2016, SPNB berjaya merangkul anugerah PEMAJU PERUMAHAN MAMPU MILIK TERBAIK. Penganugerahan berprestij Property Insight Prestigious Developer Awards (PIPDA).

ISO 9001: 2008

Pada 9 Julai 2015, Syarikat Perumahan Negara Berhad telah menerima pengiktirafan daripada SIRIM QAS International Sdn. Bhd. di atas pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti yang menepati:

  • ISO 9001: 2008 - QUALITY MANAGEMENT SYSTEMS - Requirements

PROGRAM KUARTERS KERAJAAN

Selaras dengan dasar perumahan di bawah Rancangan Malaysia ke-9, dasar perumahan kerajaan telah menggariskan matlamat mereka untuk menyediakan perumahan yang mencukupi, selesa, berkualiti dan mampu dimiliki bagi meningkatkan kemampanan kehidupan rakyat.

BAIKPULIH & PROJEK KHAS

SPNB bertindak sebagai agen pelaksanaan bagi memulihkan projek terbengkalai. SPNB telah berjaya memulih dan menyediakan kediaman kepada 14, 938 buah keluarga.