KEJAYAAN SPNB – PEMULIHAN PROJEK TERBENGKALAI

 

Sejak SPNB ditubuhkan pada Ogos 1997, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah memiliki pencapaian yang membanggakan dalam usaha untuk menyediakan perumahan mampu milik yang berkualiti. Usaha Ini sejajar dengan Dasar Perumahan Negara, yang mempunyai tiga objektif utama iaitu menyediakan perumahan berkualiti yang mencukupi dengan kemudahan komprehensif beserta persekitaran kondusif; meningkatkan daya akses terhadap penyewaan dan pemilikan rumah; dan menetapkan arah tuju untuk pembangunan perumahan yang mampan untuk masa hadapan.

SPNB telah dilantik oleh Kementerian Kewangan sebagai Agensi Pelaksana di bawah pengawasan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk membantu memulihkan projek-projek perumahan terbengkalai di seluruh Negara di bawah seliaan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebagai Agensi Pelaksana pada tahun 2001, SPNB telah diarahkan untuk memulihkan 36 buah projek perumahan terbengkalai masing-masing di bawah Dana Khas dan Pakej Ransangan Ekonomi 2009 yang melibatkan 14,951 unit rumah. Sebagai agensi pelaksana bagi Tabung Pemulihan Projek Terbengkalai pada ketika itu, SPNB telah diamanahkan oleh Kementerian Kewangan yang untuk membuat kajian semula terhadap beberapa projek rumah terbengkalai. Sebahagian daripada projek ini telah diabaikan untuk tempoh yang lama, terutamanya ketika krisis kewangan tahun 1988. Ada juga yang terlampau berkos tinggi untuk dibina semula.

SENARAI PROJEK DANA KHAS

Projek Unit
Taman Rakyat Gambang, Pahang 255
Taman Surajati, Dungun Terengganu 18
Taman Sri Bayu, Bayan Lepas 730
Taman Widuri, Seberang Perai Selatan,Penang 1314
Taman Sejahtera, Penang 345
Taman Desa Melati, Tanah Merah Kelantan 26
Taman Dalma, Semenyih Selangor 96
Taman Lingkaran Nur, Kajang Selangor. 253
Taman Sg.Pinang, Klang, Selangor 17
Taman Desaria, Petaling Jaya, Selangor 882
Bandar Pinggiran Subang, Shah Alam, Selangor. 600
Taman Kantan Permai (Fasa 1), Kajang Selangor 621
Taman Kantan Permai (Fasa 2), Kajang Selangor 171
Taman Desa Rakyat Perdana, Masai Johor 1030
Taman Bestari, Taiping Perak 181
Taman Seri Bayu, Seremban Negeri Sembilan 127
Bintulu Port, Bintulu 426
Taman Mutiara (Fasa1), Labuan 860
Taman Mutiara (Fasa2), Labuan 460
Taman Mutiara (Fasa3), Labuan 680
Taman Ranca-Ranca, Labuan 106
Taman Pelangi, Seremban Negeri Sembilan 320
Taman Sri Gedung, Sg.Petani, Kedah 637

SENARAI PROJEK RANGSANGAN EKONOMI

Projek Unit
Taman Desa Bakti, Kelantan 264
Taman Guar Perahu, Pulau Pinang 244
Taman Mawar, Johor 89
Taman Jalan Intan Pertama, Gerik Perak 18
Taman Khalid Al-Walid, shah Alam, Selangor 94
Taman Nuri Indah, Selangor 54
Kondominium Desarina, 100
Taman Sg.Karang Darat 1, Kuantan Pahang 126
Taman Bukit Riah, Pengkalan Hulu Perak. 95
Taman Desa Guru, Kuching Sarawak. 43
Taman Senawang Jaya, Negeri Sembilan 96
Taman Dato’ Abdul Rashid Salleh Kuantan Pahang 821
Bandar Alam Perdana 2500

Selain itu, SPNB juga mengambil tugas membaiki rumah dan membina rumah sementara dan kekal untuk mangsa tsunami 2004 di Kedah dan Penang. Secara jumlahnya, 453 rumah siap dibaiki, 245 unit sementara disiapkan dan 727 tempat tinggal kekal dibina.