KEJAYAAN SPNB – PROGRAM KUARTERS KERAJAAN

 

Selaras dengan dasar perumahan di bawah Rancangan Malaysia ke-9, dasar perumahan kerajaan telah menggariskan matlamat mereka untuk menyediakan perumahan yang mencukupi, selesa, berkualiti dan mampu dimiliki bagi meningkatkan kemampanan kehidupan rakyat.

Melalui dasar ini, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah dilantik melalui gabungan SPNB-LTAT (USL), Usahasama SPNB dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) telah melaksanakan Projek perumahan anggota tentera ini adalah merupakan program terbesar Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bernilai RM 1.4 billion yang merangkumi pembinaan unit banglo, rumah berkembar dan pangsapuri.

Sebanyak 6550 unit telah disiapkan dan diserahkan kepada Kementerian Pertahanan Malaysia yang membabitkan 10 buah tapak di Lembah Kelang. Antaranya adalah:

  • Pangkalan Udara Tentera Udara Malaysia (TUDM) Subang;
  • Kem Sg Besi, Kem Kementah 1, 2, 3 di Jalan Padang Tembak;
  • Kem Pasifik di Jalan Ampang;
  • Kem Wardieburn di Setapak;
  • Jalan Uthant 1 & 2; dan
  • Pangkalan Udara Kuala Lumpur (PUKL)

 

1-5-2_kuartersdiagram