RMRPlus

 

PENGENALAN RMRPLUs

  • MODEL PERNIAGAAN BARU yang mengambil konsep asas Program RMR di mana ianya dikhususkan kepada golongan yang mempunyai tanah sendiri dan tidak memenuhi syarat kelayakan program RMR.
  • PROGRAM ALTERNATIF yang mensasarkan golongan di atas. Selain itu, ianya terbuka kepada semua yang berkelayakan mendapatkan pinjaman melalui institusi kewangan atau bayaran tunai untuk pembiayaan kos pembinaan.
  • BERCIRIKAN RUMAH SESEBUAH yang didirikan di atas tanah individu/syarikat dengan keluasan 1,000 / 1,200 kps dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air dengan harga bermula dari RM108,888.00 seunit. Kos Guaman dan Yuran Perunding dibiayai oleh SPNB.
  • PAKEJ TAMBAHAN berupa Penyediaan Tapak dan Pertukaran Jenis Bumbung. Pada masa hadapan, pakej kabinet dapur, almari pakaian dan pintu pagar akan diperkenalkan. Tertakluk kepada rekabentuk dan kawasan.

SYARAT-SYARAT PROGRAM

  • Warganegara Malaysia
  • Umur 18 tahun ke atas
  • Mempunyai tanah sendiri atau merupakan salah seorang pemilik atau mendapat kebenaran daripada tuan tanah
  • Keluasan tanah minima 3,750 Kps (50’ x 75’)
  • Berkelayakan mendapatkan pinjaman bank, lain-lain institusi kewangan atau melalui bayaran tunai untuk pembiayaan kos pembinaan

KAEDAH PEMBIAYAAN/PEMBAYARAN

  • Secara tunai dan/atau melalui pinjaman bank @ lain-lain institusi kewangan

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Salinan kad pengenalan tuan tanah
  • Salinan geran hakmilik (Tapak pembinaan)
  • Surat kebenaran membina rumah daripada tuan tanah

PENYEDIAAN PAKEJ TAMBAHAN

NOTA:
Penyediaan pakej tambahan adalah tertakluk kepada rekabentuk RMRPlus manakala harga pakej tambahan adalah tertakluk kepada harga pasaran semasa di setiap kawasan dan tidak termasuk harga asal rumah.

REKABENTUK RMRPLUS

UNIT RMRPLUS YANG DILAKSANAKAN

KAEDAH DAN PROSES PERMOHONAN

Pemohon mengisi dan melengkapkan permohonan RMRPlus

(Majukan ke SPNB)

SPNB membuat semakan dan penilaian serta lawatan tapak
SPNB meluluskan permohonan
Penyediaan Surat Tawaran Program RMRPlus dan Pelantikan Peguamcara

Pemohon menandatangani Dokumen Perjanjian Pembinaan & membuat pembayaran deposit 5%

Tunai
Pembayaran Baki Harga Rumah
i. Lump Sum
ii. Berperingkat mengikut kemajuan

Pinjaman
Mendapatkan pinjaman perumahan
i. Bank /Institusi Kewangan

Pelantikan kontraktor dan
pemantauan pembinaan sehingga siap

NOTA:
Pemohon boleh mendapatkan Borang Permohonan daripada Pejabat Cawangan di setiap negeri atau melalui laman sesawang www.spnb.com.my