Subsidiari

 

SPNB ASPIRASI

SPNB Aspirasi Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada 2 Mei 2014 yang berperanan sebagai pemaju komersil untuk SPNB dengan mengfokuskan projek- projek berdaya maju dan membawa keuntungan setara dengan pemaju swasta yang lain. Antara objektif utama syarikat adalah untuk meneroka pasaran hartanah di seluruh Malaysia khususnya untuk pembangunan kediaman komersil terutamanya bagi bumiputera.

Pautan laman web: www.spnbaspirasi.com.my

SPNB IDAMAN

SPNB Idaman Sdn. Bhd. telah ditubuhkan untuk melaksana pembangunan Rumah Idaman Rakyat (RIR) secara konsep bercampur dengan harga jualan rumah 60% tidak melebihi RM250,000, 40% tidak melebihi RM350,000 seunit dan harga jualan kedai tidak melebihi RM1,000,000 seunit di atas tanah yang dikurniakan oleh kerajaan negeri atau kerajaan persekutuan atau agensi – agensi kerajaan yang berkaitan.

Pautan laman web: www.spnbidaman.com.my

SPNB MESRA

SPNB Mesra Sdn. Bhd. ditubuhkan pada tahun 2002 pada awalnya adalah sebagai ‘Special Purpose Vehicle’ untuk melaksanakan Skim Rumah Keluarga Nelayan di Terengganu. Konsep ini kemudiannya diperluaskan untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah, tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah yang usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa yang kini dikenali sebagai Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M).

Pautan laman web: www.spnbmesra.com.my

SPNB DANA

SPNB Dana Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada 1 April 2014 bertujuan untuk mendapatkan pembiayaan daripada pihak bank dan institusi kewangan untuk membiayai projek perumahan yang dijalankan oleh Kumpulan SPNB serta memberi pinjaman kepada pemohon-pemohon RMR1M dan pembeli rumah yang sukar untuk mendapatkan pinjaman perumahan bank. Selain itu, DANA juga dilantik sebagai ejen kutipan untuk RMR1M, unit-unit Pemulihan Projek Terbengkalai dan Projek- projek SPNB yang telah dijual secara pukal.

SPNB EDAR

SPNB Edar Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada tahun 2003, dengan nama SPNB Sarawak Sdn. Bhd. yang kemudiannyaditukar kepada SPNB Trading Sdn. Bhd. Pada tahun 2014, nama tersebut telah ditukar kepada SPNB Edar Sdn. Bhd. Berperanan menjalankan urusniaga pembekalan bahan binaan kepada projek- projek kumpulan SPNB serta lain-lain pasaran selain dari SPNB, EDAR turut menjalankan program Pembangunan Vendor Bumiputera (BVDP) bagi rantaian pembekalan bahan binaan.

Pautan laman web: www.spnb-edar.com.my

USAHASAMA SPNB-LTAT (USL)

Usahasama SPNB-LTAT (USL) telah ditubuhkan pada 26 Febuari 2001 dengan pegangan saham oleh SPNB sebanyak 51% dan LTAT sebanyak 49%. USL berperanan sebagai Agen Pelaksana untuk menyiapkan sebanyak 6,550 unit Perumahan Anggota –Anggota Tentera dan Kakitangan Awam di Lembah Kelang.