{"id":2383,"date":"2016-05-23T15:54:00","date_gmt":"2016-05-23T07:54:00","guid":{"rendered":"https:\/\/spnb.com.my\/?p=2383"},"modified":"2021-10-13T11:58:01","modified_gmt":"2021-10-13T03:58:01","slug":"2016-05-23_pr2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/spnb.com.my\/en\/2016-05-23_pr2\/","title":{"rendered":"Merakyatkan SPRM Bersama SPNB"},"content":{"rendered":"\n<p><strong><em>Kuala Lumpur, 23hb Mei<\/em><\/strong> \u2013 Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah mengadakan satu majlis Merakyatkan SPRM bersama SPNB di Wisma Perkeso, Jalan Tun Razak. Majlis ini telah dihadiri oleh YBhg. Dato\u2019 Sri Haji Mustafar bin Haji Ali, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), YBrs. Hj Abdul Samat bin Kasah, Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik, YB Datuk Dr Hj Abd Latiff bin Ahmad, Pengerusi SPNB dan YBhg. Datuk Ahmad Azizi bin Hj. Ali, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, SPNB.<\/p>\n\n\n\n<p>Program ini bertujuan untuk merapatkan hubungan di antara SPNB &amp; SPRM yang telah wujud dengan rasminya melalui perjanjian Ikrar Integriti Korporat pada 28 Ogos 2012. Ia juga bertujuan menyediakan platform untuk berkongsi amalan integriti dalam masyarakat, menjadikan kakitangan agensi berkaitan kerajaan sebagai salah satu Key Communicator kepada SPRM dalam usaha memerangi rasuah serta menerapkan nilai- nilai pengukuhan integriti kepada para peserta sebagai pendekatan strategik dalam menghadapi cabaran pada masa kini dan akan datang.<\/p>\n\n\n\n<p>Atas kerjasama erat ini, kesedaran integriti di kalangan wargakerja dapat ditingkatkan sekaligus menerima pendedahan mengenai langkah-langkah pencegahan rasuah yang patut dilaksanakan. Antara dasar yang telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah Syarikat adalah Dasar Perlindungan Pemberi Maklumat dan pelaksanaan \u2018Integrity Pact\u2019. Melalui Dasar Perlindungan Pemberi Maklumat, ia menggalakkan dan memudahkan orang ramai untuk mendedahkan sebarang kelakuan tidak wajar disamping bertujuan melindungi pemberi maklumat dan mengadakan peruntukan supaya perkara yang didedahkan disiasat selaras dengan Akta 711 (Perlindungan Pemberi Maklumat) yang telah diluluskan di Parlimen pada 6 Mei 2010.<\/p>\n\n\n\n<p>Pelaksanaan \u2018Integrity Pact\u2019 pula merupakan satu proses pengisytiharan oleh beberapa pihak seperti Pembida\/Perunding\/Kakitangan Perolehan\/Ahli Jawatankuasa Perolehan dan Ahli Lembaga Perolehan untuk tidak melakukan sebarang perbuatan berbentuk rasuah dalam pelaksanaan sesuatu kontrak. Melalui pelaksanaan \u2018Integrity Pact\u2019 ini, syarikat dapat melaksanakan urusan perolehan dengan lebih cekap dan berkesan.<\/p>\n\n\n\n<p>Dengan penganjuran program bersama SPNB, dijangkakan rakyat akan melihat SPNB sebagai syarikat yang lebih telus ketika melaksanakan tugas dan bertanggungjawab. Adalah diharapkan ia akan meningkatkan lagi tahap keyakinan masyarakat kepada SPRM dan SPNB serta dapat memberi pendedahan kepada warga SPNB mengenai gejala rasuah dan kesannya terhadap individu, masyarakat dan negara seterusnya menjalinkan hubungan dan kerjasama jangka masa panjang antara SPRM dan SPNB.<\/p>\n\n\n\n<p>SPNB sebagai sebuah syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) mempunyai pengalaman meluas selama hampir 20 tahun di dalam sektor perumahan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-text-align-left\">-tamat-<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-text-align-left\"><strong><em>SEPINTAS LALU MENGENAI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD<\/em><\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-text-align-left\"><em>Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) diperbadankan pada 21 Ogos 1997. Ia merupakan Syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF. Inc) yang ditubuhkan untuk menyediakan Rumah Mampu Milik yang berkualiti untuk semua keluarga di seluruh Malaysia selaras dengan Objektif Perumahan Negara.<\/em><\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-text-align-left\"><em>Dikeluarkan oleh Seksyen Komunikasi Luar. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi di talian 03-2618 5555\/5659 atau menerusi email di pr@spnb.com.my.<\/em><\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-text-align-left\"><em>Untuk keterangan lanjut, sila layari <\/em><em>www.spnb.com.my<\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kuala Lumpur, 23hb Mei \u2013 Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah mengadakan satu majlis Merakyatkan SPRM bersama SPNB di Wisma Perkeso, Jalan Tun Razak. Majlis ini telah dihadiri oleh YBhg. Dato\u2019 Sri Haji Mustafar bin Haji Ali, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), YBrs. Hj Abdul Samat bin Kasah, Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik, YB Datuk Dr Hj [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"inline_featured_image":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","_links_to":"","_links_to_target":""},"categories":[34],"tags":[167],"press_title":[],"media_company":[],"class_list":["post-2383","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-press-release","tag-press-release"],"acf":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_sharing_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/spnb.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2383","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/spnb.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/spnb.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/spnb.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/spnb.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2383"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/spnb.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2383\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2384,"href":"https:\/\/spnb.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2383\/revisions\/2384"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/spnb.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2383"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/spnb.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2383"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/spnb.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2383"},{"taxonomy":"press_title","embeddable":true,"href":"https:\/\/spnb.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/press_title?post=2383"},{"taxonomy":"media_company","embeddable":true,"href":"https:\/\/spnb.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media_company?post=2383"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}