Mengenai SPNB

 

SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD (SPNB) adalah sebuah syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) yang ditubuhkan pada 21 Ogos 1997 untuk menyediakan rumah mampu milik berkualiti dan mampan kepada setiap keluarga di Malaysia sejajar dengan Dasar Perumahan Negara.

SPNB kini diletakkan di bawah pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bermula 3 Ogos 2018.

VISI SPNB

Menjadi pilihan utama masyarakat Malaysia dalam menyediakan rumah mampu milik.

MISI SPNB

Kami berhasrat untuk tidak hanya membangunkan rumah mampu milik untuk masyarakat Malaysia tetapi juga menyediakan kediaman yang berkualiti tinggi dan sesuai dengan permintaan pasaran melalui budaya kerja cemerlang, merapatkan jurang kemampuan untuk memastikan pemilikan rumah dan juga menjadi pemaju harta tanah yang berperanan dalam tanggungjawab sosialnya.

MOTO SPNB

Kediaman Anda, Tanggungjawab Kami.