KPKT Santuni Petugas Media, Agih Juadah Berbuka Puasa

KUALA LUMPUR, 5 Mac-Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meneruskan program Sentuhan Kasih Ramadan KPKT menerusi agihan juadah berbuka puasa kepada petugas media.

Timbalan Ketua Setiausaha (Perumahan dan Kesejahteraan Komuniti) KPKT, Suhaimi Ali berkata kempen yang memasuki tahun keempat itu diteruskan bagi memberi penghargaan kepada petugas media yang membantu dalam membuat hebahan program dan dasar yang dilaksana KPKT.

Foto RTM

Jelasnya, sebanyak 1,100 pek bungkusan juadah berbuka puasa diagihkan kepada petugas media di enam agensi sepanjang Ramadan dan ia merupakan sumbangan daripada agensi di bawah KPKT termasuk Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

"Jadi, kita bermula dengan RTM, kemudian kita akan memberi sumbangan juadah berbuka puasa kepada pengamal media yang lain. Semua sumbangan ini adalah daripada agensi-agensi di bawah KPKT.

"Banyak membuat liputan berita yang melibatkan perumahan, komuniti, dan aktiviti yang dijalankan oleh pihak KPKT. Program ini juga merupakan satu inisiatif untuk mengeratkan silaturahim dan ukhuwah dalam kalangan pegawai-pegawai KPKT serta warga media.

"Pada saya, secara peribadi, saya melihat bagaimana program ini sepatutnya diadakan setiap tahun kerana ia dapat mengeratkan hubungan antara media sosial, terutamanya RTM sebagai badan penyampai maklumat kepada agensi-agensi kerajaan yang lain, khususnya di peringkat kementerian sendiri," katanya di RTM.

Pautan berita:

https://berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senarai-artikel/kpkt-santuni-petugas-media-agih-juadah-berbuka-puasa

Syarikat Perumahan Negara Berhad
Level 1, Block C, Dataran PHB, Saujana Resort,
Seksyen U2, 40150 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Under the purview of
Ministry of Housing and Local Government of Malaysia

Complaints and feedback

Follow our social media
Anti-Bribery Management System
©2023 Syarikat Perumahan Negara Berhad.   All Rights Reserved