Program Kolaborasi Khas SPNB & JHEV

Satu program kolaborasi khas antara Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) telah diadakan bagi membincangkan kerjasama antara mengenai Inisiatif Perumahan Veteran ATM (Program Bina Baharu Rumah) menerusi program Rumah Mesra Rakyat (RMR) bertempat di ibu pejabat SPNB pada 16 Februari 2023.

Hadir di program ini, Ketua Pegawai Eksekutif SPNB; Datuk Hasleen bin Isnin, Pengarah JHEV; YBhg Mej Jen Zambery bin Hj Darus serta Ketua Pegawai Operasi Yayasan Veteran ATM; Lt Kol Azwadi bin Jamian.

Program seumpama ini bakal menyaksikan manfaat besar melalui penyediaan kediaman yang sempurna dan selesa kepada Veteran ATM, sekaligus meningkatkan tahap pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia khususnya golongan sasar.

Syarikat Perumahan Negara Berhad
Level 1, Block C, Dataran PHB, Saujana Resort,
Seksyen U2, 40150 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Di bawah pengurusan
KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

Aduan dan maklumbalas

Ikuti kami di sosial media
Sistem Pengurusan Anti-Bribery
©2023 Syarikat Perumahan Negara Berhad.   Hakcipta Terpelihara