Soalan Lazim

RUMAH MESRA RAKYAT

Di manakah borang RMR boleh diperolehi?

Melalui laman sesawang SPNB/Pejabat Cawangan SPNB.

Apakah yang perlu dibuat jika terlupa kata laluan?

Sila hubungi SPNB di talian 03-7849200 (Jabatan Rumah Mesra Rakyat).

Berapa lamakah tempoh kelulusan dan pembinaan rumah?

Mengikut prosedur, maklum balas akan diberikan dalam tempoh tiga (3) bulan. Manakala kelulusan hanya dibuat tertakluk kepada perutukan kewangan tahunan Bagi pembinaan rumah pula, tempoh yang diperuntukan adalah selama lapan belas (18) bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong / perjanjian tertakluk kepada termas dan syarat.

Bolehkah menggunakan tapak tuan tanah yang telah meninggal dunia?

Tidak boleh, kesemua tuan tanah mestilah hidup dan memberi kebenaran serta tidak boleh mempunyai sebarang sekatan untuk pendaftaran gadaian.

Bolehkah memohon sekiranya tanah mempunyai banyak tuan tanah?

Boleh sekiranya kesemua tuan tanah (masih hidup) memberi kebenaran.

Apakah sebab permohonan ditolak?

Antara sebab utama permohonan ditolak adalah:
1. Pendapatan seisi rumah melebihi syarat kelayakan
2. Telah memiliki rumah yang masih berkeadaan baik
3. Tapak cadangan tidak sesuai
4. Geran hakmilik mempunyai masalah / sekatan

Siapa yang bertanggungjawab untuk penyediaan tapak dan penyambungan air
/elektrik?

Pemohon perlu menyediakan tapak dan membuat penyambungan air dan elektrik. SPNB hanya membina rumah sahaja.

Bolehkah rumah diubahsuai?

Boleh. SPNB hanya akan membina rumah mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dan ubahsuai yang tidak melibatkan struktur boleh dipertimbangkan melalui permohonan kepada SPNB. Ubahsuai yang berlaku tanpa pengetahuan SPNB adalah di bawah tanggungjawab pemohon.

Bagaimana membuat pembayaran bulanan?

Pemohon perlu membuka akaun dan membuat bayaran melalui kaunter BSN, Pejabat Pos, JOMPAY, Agen BSN, dan mesin CDM BSN. Pembayaran di Pejabat Cawangan juga boleh dilakukan.

Jika pemohon meninggal dunia, siapa yang perlu bayar bayaran bulanan?

Jika simati telah diinsuranskan, maka pinjaman tersebut akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak Insurans. Jia tidak, pemohon kedua/tuan tanah/pewaris perlu meneruskan pembayaran bulanan.

KEDIAMAN SPNB

 Apakah konsep Kediaman SPNB?

Menyediakan persekitaran yang mampu memberi inspirasi kepada penduduknya melalui kemudahan yang menarik, dan alam sekitar yang mampan serta suasana harmoni.

Apakah kriteria kelayakan untuk memohon Kediaman SPNB?

Terbuka kepada mereka yang layak membuat pinjaman bank.

Bagaimanakah cara untuk memohon Kediaman SPNB?

Anda boleh berhubung terus dengan pejabat cawangan/jualan kami.

Apakah status pajakan Kediaman SPNB (pegangan kekal atau pegangan
bebas?

Ia bergantung kepada hakmilik (“pemilik”) tanah pada setiap pembangunan SPNB.

Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk permohonan semasa
mendaftar Kediaman SPNB?


Dokumen yang diperlukan:
1. Salinan kad pengenalan pemohon
2. Slip gaji 3 bulan yang terkini
3. Penyata cukai pendapatan (borang J) yang terkini atau borang EA
4. Penyata KWSP terkini
5. Surat Pengesahan Jawatan daripada majikan

Jika bekerja sendiri
1. Penyata bank 3 bulan terkini
2. Pendaftaran Perniagaan (SSM)
3. Dokumen sokongan tambahan (jika ada)

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi:

Telefon : +603-7849 2000

Waktu urusan:
Isnin hingga Jumaat (8.30 pagi – 5.30 petang)

Alamat:
Level 1, Blok C, Dataran PHB Saujana Resort, Seksyen U2,
40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

E-mel: pr@spnb.com.my

Laman web : www.spnb.com.my

Facebook: SPNB
Instagram : spnb_official
Twitter: spnb_official
Youtube: spnb_official
Syarikat Perumahan Negara Berhad
Level 1, Block C, Dataran PHB, Saujana Resort,
Seksyen U2, 40150 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Di bawah pengurusan
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan

Aduan dan maklumbalas

Ikuti kami di sosial media
Sistem Pengurusan Anti-Bribery
©2023 Syarikat Perumahan Negara Berhad.   Hakcipta Terpelihara