SPNB Santuni Golongan Kurang Berkemampuan di Kuala Lumpur
Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah menganjurkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) menerusi pengagihan sebanyak 500 pek makanan kepada golongan yang kurang berkemampuan di Pusat Gelandangan Medan Tuanku, Kuala Lumpur, hari ini.
Program yang turut dijayakan oleh warga kerja SPNB ini antara lain bertujuan menerapkan sifat prihatin dan kasih sayang, sekaligus menyantuni golongan tersebut dalam memastikan bekalan makan berkhasiat dapat diakses kepada mereka.
Program CSR agihan makanan kepada Komuniti Pusat Gelandangan Medan Tuanku ini adalah hasil kerjasama strategik antara SPNB dan PERTIWI Soup Kitchen.
SPNB turut berharap supaya program seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan golongan kurang berkemampuan ini tidak terpinggir dan sentiasa diambil perhatian.