Program Kemampanan Komuniti Bandar (PKKB) 

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah menganjurkan  Program Kemampanan Komuniti Bandar (PKKB) & CSR Taman Vista Ilmu, Kota Samarahan pada 29 Jun 2024 (Sabtu) yang telah dirasmikan oleh YBhg. Zahanuddin Bin Kamarudin, Ketua Pegawai Eksekutif (Memangku).

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan semasa program berlangsung seperti tarian Zumba, gotong-royong, saringan kesihatan, permainan rakyat dan lain-lain lagi. Di dalam program tersebut CIMB Foundation telah berbesar hati memberikan sumbangan kepada penduduk Taman Vista Ilmu, Kota Samarahan iaitu pemberian rumah hijau hidroponik bersistem solar, tong kitar semula serta hadiah untuk cabutan bertuah. Seramai 400 orang peserta  termasuk penduduk dan pelajar telah terlibat di dalam program tersebut.

Syarikat Perumahan Negara Berhad
Level 1, Block C, Dataran PHB, Saujana Resort,
Seksyen U2, 40150 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Di bawah pengurusan
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan

Aduan dan maklumbalas

Ikuti kami di sosial media
Sistem Pengurusan Anti-Bribery
©2023 Syarikat Perumahan Negara Berhad.   Hakcipta Terpelihara