Memorandum Persefahaman Syarikat Perumahan Negara Berhad dan SH Corporation, Korea

Kuala Lumpur, 5 Ogos 2016 – Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan SH Corporation, sebuah syarikat membina dan menyewa hartanah perumahan di Seoul, Korea.

Melalui persefahaman ini, kedua- dua pihak akan bekerjasama dengan matlamat untuk meningkatkan kecekapan dan kualiti perkhidmatan berkaitan perumahan mampu milik, kebajikan dan pertumbuhan perbandaran (‘urban regeneration’) untuk penduduk Malaysia dan Seoul, Republic of Korea.

Di pihak SPNB pula langkah strategik ini diambil bagi memastikan syarikat terus dan sentiasa berdaya saing dalam menyediakan perumahan mampu milik serta meletakkan SPNB pada tahap tertinggi sebagai penyedia perumahan yang berkualiti.

Selain itu, harapan SPNB juga agar terus kukuh dalam menjayakan agenda kerajaan dalam menyediakan perumahan kepada rakyat negara ini.

Majlis yang berlangsung di Ibu Pejabat SPNB di Wisma Perkeso, Kuala Lumpur turut disaksikan oleh Pengerusi SPNB Edar Sdn. Bhd, YBhg Dato` Dr Mohd Padzil Bin Hashim bersama empat deligasi dari Korea.

SH Corporation adalah sebuah institusi yang telah menjalankan pelbagai projek-projek awam yang memberi kesan kepada gaya hidup umum penduduk Seoul.

Selain daripada itu, SH Corporation juga telah terlibat dalam pembinaan projek perumahan,menguruskan perumahan pajakan, menyesuaikan persekitaran kediaman, dan membekalkan infrastruktur yang diperlukan melalui penggunaan dana awam dan keuntungan daripada pembangunan tanah dan jualan perumahan.

Malahan, SH Corporation juga adalah institusi yang bertindak sebagai pusat yang menyumbang kepada kestabilan kediaman dan membekalkan perumahan kepada penduduk Seoul.

SPNB sebagai sebuah syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) mempunyai pengalaman meluas selama hampir 20 tahun di dalam sektor perumahan.

-tamat-

SEPINTAS LALU MENGENAI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) diperbadankan pada 21 Ogos 1997. Ia merupakan Syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF. Inc) yang ditubuhkan untuk menyediakan Rumah Mampu Milik yang berkualiti untuk semua keluarga di seluruh Malaysia selaras dengan Objektif Perumahan Negara.

Dikeluarkan oleh Seksyen Komunikasi Luar. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi di talian 03-2618 5555/5659 atau menerusi email di pr@spnb.com.my.

Untuk keterangan lanjut, sila layari www.spnb.com.my

Syarikat Perumahan Negara Berhad
Level 1, Block C, Dataran PHB, Saujana Resort,
Seksyen U2, 40150 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Under the purview of
Ministry of Local Government Development of Malaysia

Complaints and feedback

Follow our social media
Anti-Bribery Management System
©2023 Syarikat Perumahan Negara Berhad.   All Rights Reserved