Kenyataan Rasmi

Kuala Lumpur, 18 November 2020 – Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) ingin menarik perhatian orang ramai mengenai Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) yang tular di media sosial. SPNB ingin membuat pencerahan bahawa SPNB merupakan syarikat milik Kementerian Kewangan Malaysia (Diperbadankan) dan di bawah pemantauan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Sebarang hebahan atau iklan berkaitan produk-produk SPNB adalah hakmilik penuh SPNB dan sama sekali tidak melibatkan pihak ketiga.

Melalui Belanjawan 2021, SPNB melalui Kementerian Kewangan Malaysia dan Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan telah diperuntukkan sebanyak RM315 juta untuk pelaksanaan Program RMR. Program RMR ini adalah merupakan program pembinaan rumah sesebuah bersubsidi di atas tanah pemohon yang memenuhi syarat kelayakan.

Program RMR ini ditawarkan kepada warganegara Malaysia yang menghadapi cabaran untuk memiliki kediaman yang selesa di atas tanah hakmilik sendiri. Permohonan yang terdahulu dikaji semula selaras dengan kelayakan untuk program RMR.

Untuk makluman, segala permohonan melalui program ini boleh dilakukan secara atas talian di laman sesawang https://rmr.spnbonline.com.my/ ataupun dengan memuatnaik borang tersebut. Semua borang RMR boleh didapati secara percuma.

Untuk mendapatkan keterangan lanjut juga boleh ke cawangan SPNB yang berdekatan.

PENGURUSAN
Syarikat Perumahan Negara Berhad

-tamat-

SEPINTAS LALU MENGENAI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) diperbadankan pada 21 Ogos 1997. Ia merupakan Syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF. Inc) yang ditubuhkan untuk menyediakan Rumah Mampu Milik yang berkualiti untuk semua keluarga di seluruh Malaysia selaras dengan Objektif Perumahan Negara.

Dikeluarkan oleh Seksyen Komunikasi Luar. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi di talian 03-2618 5555/5659 atau menerusi email di pr@spnb.com.my.

Untuk keterangan lanjut, sila layari www.spnb.com.my

Syarikat Perumahan Negara Berhad
Level 1, Block C, Dataran PHB, Saujana Resort,
Seksyen U2, 40150 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Under the purview of
Ministry of Local Government Development of Malaysia

Complaints and feedback

Follow our social media
Anti-Bribery Management System
©2023 Syarikat Perumahan Negara Berhad.   All Rights Reserved