Pelancaran Projek SPNB di Miri, Sarawak

Miri, 2hb April Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) melalui anak syarikat miliknya SPNB ASPIRASI SDN BHD (ASPIRASI) telah menganjurkan satu Program Walkabout Bersama YAB Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia bertempat di tapak projek Vista Perdana (Fasa 2) Miri, Sarawak. Majlis yang telah diadakan di tapak projek Vista Perdana Fasa 2 ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Pembinaan Vista Perdana Fasa 2 yang sedang dalam pembinaan ini terdiri daripada 789 unit perumahan bercampur meliputi rumah teres 1 tingkat berkeluasan 750 kps dan 850 kps, juga rumah berkembar 1 tingkat dan banglo 1 tingkat. Projek Vista Perdana Fasa 1 telah berjaya mendapat sijil layak menduduki (CF) pada 2 Julai 2010 terdiri daripada komposisi pembangunan bercampur sebanyak 963 unit.

Pada majlis itu juga YAB Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak telah menyaksikan memorandum persefahaman (MoU) antara SPNB Aspirasi Sdn Bhd dan Co- opbank Persatuan Malaysia Berhad (Co-opbank) untuk jalinan kerjasama pembiayaan penyambung korporat sebanyak RM40 juta bagi membiayai sebahagian kos pembangunan Projek Vista Perdana (Fasa 2).

Turut hadir adalah barisan kanan kepimpinan SPNB iaitu YB Datuk Dr Abd Latiff bin Ahmad selaku Pengerusi SPNB bersama YBhg Datuk Ahmad Azizi bin Hj Ali selaku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SPNB serta Ahli Lembaga Syarikat Pengarah SPNB.

Fasa 2 Vista Perdana ini telahpun mula dibuka untuk pendaftaran yang menawarkan 322 unit rumah teres 1 tingkat seluas 750, 309 unit rumah teres 1 tingkat berkeluasan 850 kps, 144 unit rumah berkembar setingkat berkeluasan 1,177 kps dan 14 unit banglo setingkat seluas 1,277kps bermula dari harga RM188,000.00. Pembinaan dijangka siap pada tahun 2018.

SPNB adalah syarikat milik Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) yang ditubuhkan pada 21 Ogos 1997 untuk menyediakan rumah mampu milik berkualiti dan mampan kepada setiap keluarga di Malaysia sejajar dengan Dasar Perumahan Negara.

Antara produk yang ditawarkan adalah Rumah Aspirasi Rakyat (RAR) yang menawarkan projek-projek berdaya maju yang menawarkan harga rumah yang lebih kompetitif dengan harga pasaran semasa, Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) berkonsepkan rumah sesebuah yang dibina di atas tanah pemohon sendiri dan Rumah Idaman Rakyat (RIR) merupakan program pembangunan di atas tanah yang dikurniakan oleh kerajaan negeri atau kerajaan persekutuan atau agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.

-tamat-

SEPINTAS LALU MENGENAI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) diperbadankan pada 21 Ogos 1997. Ia merupakan Syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF. Inc) yang ditubuhkan untuk menyediakan Rumah Mampu Milik yang berkualiti untuk semua keluarga di seluruh Malaysia selaras dengan Objektif Perumahan Negara.

Dikeluarkan oleh Seksyen Komunikasi Luar. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi di talian 03-2618 5555/5659 atau menerusi email di pr@spnb.com.my.

Untuk keterangan lanjut, sila layari www.spnb.com.my

Syarikat Perumahan Negara Berhad
Level 1, Block C, Dataran PHB, Saujana Resort,
Seksyen U2, 40150 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Di bawah pengurusan
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan

Aduan dan maklumbalas

Ikuti kami di sosial media
Sistem Pengurusan Anti-Bribery
©2023 Syarikat Perumahan Negara Berhad.   Hakcipta Terpelihara