Usahasama SPNB Edar Sdn Bhd dan Dongkuk Steel Mill Co. Ltd

Kuala Lumpur, 23hb Mei – Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) melalui anak syarikatnya SPNB Edar Sdn Bhd telah mengadakan satu majlis menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) bersama Dongkuk Steel Mill Co Ltd, sebuah syarikat pengeluar produk besi keluli terbesar di Korea Selatan.

Majlis yang berlangsung di Kilang Dongkuk Steel Mill Co Ltd di Busan, Korea turut disaksikan oleh Pengerusi SPNB YB Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad bersama deligasi. MoU ini antara lain memberi hak eksklusif kepada SPNB Edar Sdn Bhd untuk memasarkan serta mengedar produk besi keluaran Dongkuk Steel Mill Co Ltd kepada projek-projek SPNB dan pasaran tempatan.

Langkah strategik ini diambil bagi memastikan SPNB terus berdaya saing dalam menyediakan perumahan mampu milik dan bagi memastikan SPNB berada dalam tahap tertinggi sebagai penyedia perumahan yang berkualiti. Selain itu, langkah ini juga diharap dapat mengelakkan SPNB terdedah kepada ketidakstabilan pasaran besi keluli tempatan dan SPNB terus kukuh dalam menjayakan agenda kerajaan dalam menyediakan perumahan kepada rakyat Malaysia.

SPNB sebagai sebuah syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) mempunyai pengalaman meluas selama hampir 20 tahun di dalam sektor perumahan.

-tamat-

SEPINTAS LALU MENGENAI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) diperbadankan pada 21 Ogos 1997. Ia merupakan Syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF. Inc) yang ditubuhkan untuk menyediakan Rumah Mampu Milik yang berkualiti untuk semua keluarga di seluruh Malaysia selaras dengan Objektif Perumahan Negara.

Dikeluarkan oleh Seksyen Komunikasi Luar. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi di talian 03-2618 5555/5659 atau menerusi email di pr@spnb.com.my.

Untuk keterangan lanjut, sila layari www.spnb.com.my

Syarikat Perumahan Negara Berhad
Level 1, Block C, Dataran PHB, Saujana Resort,
Seksyen U2, 40150 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Di bawah pengurusan
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan

Aduan dan maklumbalas

Ikuti kami di sosial media
Sistem Pengurusan Anti-Bribery
©2023 Syarikat Perumahan Negara Berhad.   Hakcipta Terpelihara