SPNB Rai Anak Yatim Sempena Syawal

Kuala Lumpur, 28hb Jun – Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) berkongsi kemeriahan sambutan Aidilfitri bersama 45 anak yatim dengan membeli kelengkapan baju raya dalam Program Indahnya Ramadhan SPNB 2016 di Jakel Mall di sini, pagi ini.

Program bersama anak yatim dari Rumah Titian Kasih itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) kumpulan itu dalam berkongsi kemeriahan dan kegembiraan menyambut Syawal.

Program ini dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Ahmad Azizi Hj Ali bersama warga kerja dan pengurusan kanan SPNB telah bersama-sama anak- anak yatim dari Rumah Titian Kasih ini bagi meraikan pemberian pakaian raya mereka. Majlis juga disempurnakan dengan pemberian cek sumbangan derma ikhlas berbentuk cek yang bernilai RM1,000 kepada Rumah Titian Kasih.

Sebagai sebuah syarikat yang prihatin dengan masyarakat, SPNB telah giat dalam program CSR bermula tahun 2014. Pelbagai program telah dirancang dan dilaksnakan dengan jayanya bagi merapatkan hubungan dengan masyarakat luar. Antara program-program CSR SPNB adalah berbuka puasa bersama Rumah Orang- orang Tua Ehsan, Kuala Kubu, pemberian beg sekolah kepada ana-anak kakitangan SPNB, program bantuan mangsa banjir di Temerloh dan Gemencheh, program Sungai Kita di Slim River dan program gelandangan di Kuala Lumpur.

-tamat-

SEPINTAS LALU MENGENAI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) diperbadankan pada 21 Ogos 1997. Ia merupakan Syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF. Inc) yang ditubuhkan untuk menyediakan Rumah Mampu Milik yang berkualiti untuk semua keluarga di seluruh Malaysia selaras dengan Objektif Perumahan Negara.

Dikeluarkan oleh Seksyen Komunikasi Luar. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi di talian 03-2618 5555/5659 atau menerusi email di pr@spnb.com.my.

Untuk keterangan lanjut, sila layari www.spnb.com.my

Syarikat Perumahan Negara Berhad
Level 1, Block C, Dataran PHB, Saujana Resort,
Seksyen U2, 40150 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Di bawah pengurusan
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan

Aduan dan maklumbalas

Ikuti kami di sosial media
Sistem Pengurusan Anti-Bribery
©2023 Syarikat Perumahan Negara Berhad.   Hakcipta Terpelihara