SPNB Bina Aspire Residence di Cyberjaya

KUALA LUMPUR, 31 Ogos - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan memberikan potongan rebat sebanyak 20 peratus kepada Orang Kurang Upaya (OKU) yang membeli unit kediaman di tapak projek terbarunya Aspire Residence di Cyberjaya. Projek pembinaan apartmen mampu milik yang dilengkapi kemudahan eksklusif itu akan dibangunkan melalui anak syarikatnya SPNB Aspirasi Sdn Bhd (Aspirasi) di sebuah kawasan seluas 15.37 hektar dengan nilai pembangunan kasar RM533 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SPNB, Datuk Ahmad Azizi Ali berkata, Aspirasi menekankan kemudahan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di mana kumpulan ini memperolehi pelbagai keuntungan sekiranya menempah unit-unit yang dibina.

''Apa yang menarik sebanyak lima unit yang dikhaskan untuk golongan OKU dalam fasa pertama habis ditempah di projek pembangunan yang bertemakan alam sekitar dan komuniti yang harmoni dengan rekaannya mesra OKU,''katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambahnya lagi, pembangunan ini merupakan pembinaan kompleks apartmen yang bernilai tinggi yang dilengkapi pelbagai kemudahan asas tetapi mampu dimiliki rakyat negara ini berdasarkan harga jualannya yang masih rendah.

Ianya akan melibatkan pembinaan di dalam 3 fasa di mana fasa pertama akan dimulakan dalam tempoh dua bulan dengan pembinaan 392 unit apartmen di blok pertama yang lengkap dengan kemudahan komuniti seperti dewan serbaguna, pejabat pengurusan, ruang solat, bilik gimnasium, tadika, kolam renang dan gelanggang permainan.

''Daripada jumlah itu, sebanyak 129 unit dari fasa satu telah ditempah. Jualan dibuka dengan harga permulaan sebanyak RM395,460 dan ianya masih jauh lebih rendah dengan pembangunan lain di kawasan ini.

''Perbandingan harga rumah perlu dilihat di dalam kawasan pembangunan melalui perbezaan kualiti, produk , kos gunapakai tanah dan kelengkapan,''katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Projek ini membangunkan apartmen berkeluasan 900 kaki persegi dilengkapi tiga bilik tidur dan dua tandas akan mula dibangunkan dua bulan lagi serta dua unit tempat letak kereta berbumbung.

Untuk promosi jualan, Aspirasi menawarkan pakej diskaun sebanyak tujuh peratus untuk bumiputera dan rebat sebanyak 10 peratus kepada pembeli awal dan penyelenggaraan percuma selama setahun.

-tamat-

SEPINTAS LALU MENGENAI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) diperbadankan pada 21 Ogos 1997. Ia merupakan Syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF. Inc) yang ditubuhkan untuk menyediakan Rumah Mampu Milik yang berkualiti untuk semua keluarga di seluruh Malaysia selaras dengan Objektif Perumahan Negara.

Dikeluarkan oleh Seksyen Komunikasi Luar. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi di talian 03-2618 5555/5659 atau menerusi email di pr@spnb.com.my.

Untuk keterangan lanjut, sila layari www.spnb.com.my

Syarikat Perumahan Negara Berhad
Level 1, Block C, Dataran PHB, Saujana Resort,
Seksyen U2, 40150 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Di bawah pengurusan
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan

Aduan dan maklumbalas

Ikuti kami di sosial media
Sistem Pengurusan Anti-Bribery
©2023 Syarikat Perumahan Negara Berhad.   Hakcipta Terpelihara