Datuk Hasleen bin Isnin Dilantik Ketua Pegawai Eksekutif SPNB

Kuala Lumpur, 15 September 2020 – Dengan sukacitanya Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) ingin mengumumkan bahawa Yang Berbahagia Datuk Hasleen Bin Isnin telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif SPNB. Pelantikan beliau bagi tempoh 2 tahun adalah bagi menggantikan Yang Berbahagia Dato’ Sri Ahmad Azizi Bin Hj Ali yang telah tamat tempoh perkhidmatannya.

Datuk Hasleen mempunyai pengalaman lebih daripada 25 tahun dalam sektor perbankan dan komersial. Sebelum pelantikan ini, beliau pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Kewangan Perbadanan PRIMA Malaysia dari tahun 2012 sehingga tahun 2016. Beliau juga pernah berkhidmat di pelbagai institusi kewangan serta syarikat multinasional seperti Citibank Berhad dan Malaysian International Merchant Bankers Berhad dengan memegang jawatan di peringkat pengurusan. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Pengarah di Pejabat Presiden semasa berkhidmat di Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB).

Beliau juga pernah dilantik menganggotai Lembaga Pengarah di beberapa buah syarikat seperti New Straits Times Press (NSTP), AMI Insurance, Business Day Co. Ltd (Thailand) dan kini beliau merupakan Lembaga Pengarah Perbadanan PRIMA Malaysia.

Datuk Hasleen berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam jurusan Ekonomi dan Ijazah Sarjana Kewangan dari Washington University, St. Louis, Amerika Syarikat.

-tamat-

SEPINTAS LALU MENGENAI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) diperbadankan pada 21 Ogos 1997. Ia merupakan Syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF. Inc) yang ditubuhkan untuk menyediakan Rumah Mampu Milik yang berkualiti untuk semua keluarga di seluruh Malaysia selaras dengan Objektif Perumahan Negara.

Dikeluarkan oleh Seksyen Komunikasi Luar. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi di talian 03-2618 5555/5659 atau menerusi email di pr@spnb.com.my.

Untuk keterangan lanjut, sila layari www.spnb.com.my

Syarikat Perumahan Negara Berhad
Level 1, Block C, Dataran PHB, Saujana Resort,
Seksyen U2, 40150 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Di bawah pengurusan
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan

Aduan dan maklumbalas

Ikuti kami di sosial media
Sistem Pengurusan Anti-Bribery
©2023 Syarikat Perumahan Negara Berhad.   Hakcipta Terpelihara