48,316 Unit RMR Siap Dibina Di Seluruh Negara - Ismail

Astro Awani

Ismail (tengah) di majlis taklimat kesedaran permohonan RMR peringkat Parlimen Maran. - Foto SPNB

KUALA LUMPUR: Sebanyak 48,316 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) telah siap dibina di seluruh negara sehingga kini, kata Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib. Beliau berkata, kementeriannya juga merekodkan sejumlah 92,905 senarai berminat selain 6,606 permohonan yang telah dinilai layak.

"Bagi Program RMR di Pahang, 4,228 unit RMR telah siap dibina di seluruh negeri dengan sejumlah 7,557 senarai berminat yang telah diterima dalam sistem dan 253 permohonan dalam proses dan telah dinilai layak.

"Jumlah permohonan di kawasan Parlimen Maran pula merekodkan sebanyak 809, dengan hanya 18 permohonan sahaja dalam proses dan telah dinilai layak," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Dalam pada itu katanya, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) komited dalam mendukung agenda perumahan khususnya dalam menyediakan kediaman mampu milik untuk Keluarga Malaysia antaranya menerusi pelaksanaan majlis taklimat kesedaran permohonan RMR peringkat Parlimen Maran.

Terdahulu, Ismail merasmikan majlis taklimat kesedaran permohonan RMR peringkat Parlimen Maran di Dewan Jubli Perak Sultan Hj Ahmad Shah, di Maran.

Turut hadir, Pengarah Cawangan SPNB Negeri Pahang, Datuk Ahmad Islanizam A.Halim dan Pegawai Daerah Maran, Sharuddin Jali.

Program RMR diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan isi rumah di bawah RM 3,000 yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa. Menerusi Belanjawan 2022, peruntukan sebanyak RM315 juta untuk Program Rumah Mesra Rakyat dijangka mampu membina 3,000 lagi unit RMR di seluruh negara pada tahun 2022.

Sehubungan itu ujar Ismail, Keluarga Malaysia dari kalangan golongan B40 dan B50 di sekitar Maran disaran untuk merebut peluang untuk berdaftar di bawah Program RMR sekali gus membuka peluang kepada mereka memiliki kediaman yang selesa serta berkualiti, sejajar dengan agenda Malaysia Yang Berdaya Huni.

Syarikat Perumahan Negara Berhad
Level 1, Block C, Dataran PHB, Saujana Resort,
Seksyen U2, 40150 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Di bawah pengurusan
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

Ikuti kami di sosial media
©2021 Syarikat Perumahan Negara Berhad.   Hakcipta Terpelihara