Golongan B40, B50 Dibantu Miliki Rumah Idaman

Harian Metro

MAJLIS Taklimat Kesedaran Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bertujuan membantu golongan B40 dan B50 memiliki rumah mampu milik.

Kuala Lumpur: Sebanyak 48,316 rumah mampu milik menerusi Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) kini siap dibina di seluruh negara.

Ia turut membabitkan 92,905 pemohon yang tersenarai di dalam sistem selain 6,606 permohonan dalam proses dan sudah dinilai layak.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib, berkata, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM315 juta bagi program RMR menerusi Belanjawan 2022.

"Menerusi peruntukan itu, jangkaan 3,000 lagi unit RMR mampu dibina di seluruh negara pada tahun 2022.

"Bagi Program RMR di Pahang, 4,228 unit RMR siap dibina di seluruh negeri dengan senarai berminat membabitkan seramai 7,557 individu di dalam sistem manakala 253 permohonan kini dalam proses dinilai layak.

"Jumlah permohonan di kawasan Parlimen Maran pula merekodkan sebanyak 809 permohonan. Hanya 18 permohonan sahaja dalam proses dan telah dinilai layak," katanya ketika menghadiri Majlis Taklimat Kesedaran Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) di Maran, Pahang tadi.

Turut hadir dalam majlis berkenaan adalah Pengarah Cawangan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) Negeri Pahang, Datuk Ahmad Islanizam A. Halim dan Pegawai Daerah Maran, Sharuddin Jali.

Dalam pada itu, SPNB turut komited dalam menyokong agenda perumahan khususnya dalam menyediakan kediaman mampu milik bagi Keluarga Malaysia.

Sehubungan itu, Keluarga Malaysia daripada golongan B40 dan B50 di sekitar Maran disarankan untuk merebut peluang dan berdaftar di bawah Program RMR ini.

Ia sekaligus membuka peluang kepada mereka untuk memiliki kediaman yang selesa serta berkualiti, sejajar dengan agenda Malaysia Yang Berdaya Huni.

Menurutnya, SPNB komited dalam mendukung agenda perumahan khususnya dalam menyediakan kediaman mampu milik untuk Keluarga Malaysia.

Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan isi rumah di bawah RM 3,000 yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Syarikat Perumahan Negara Berhad
Level 1, Block C, Dataran PHB, Saujana Resort,
Seksyen U2, 40150 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Di bawah pengurusan
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan

Aduan dan maklumbalas

Ikuti kami di sosial media
Sistem Pengurusan Anti-Bribery
©2023 Syarikat Perumahan Negara Berhad.   Hakcipta Terpelihara