Ucapan Tahun Baru - Ketua Pegawai Eksekutif SPNB

Selamat Tahun Baru dan Salam Hormat.

Dalam melangkah ke tahun baharu, kita turut menelusuri kembali perjalanan terdahulu dan merekodkan pencapaian dan rintangan sepanjang 2021. Tahun baharu, mandat baharu, matlamat baharu, ini masanya untuk kita menilai setiap kejayaan, menyelaras semula strategi dan keutamaan, serta menetapkan usaha yang akan didukung pada masa hadapan.

Menerusi pengurusan hari ini, SPNB mengambil pendekatan untuk bergerak maju dengan berpegang kepada asas penubuhan SPNB dalam menyediakan rumah mampu milik yang berdayahuni kepada Keluarga Malaysia. Tahun 2021 menyaksikan beberapa pembaharuan dan rombakan dalam organisasi. Pelaksanaan penjenamaan semula SPNB juga telah mengangkat kembali imej syarikat ini ke landasannya serta memberi nafas baharu seiring dengan objektif yang lebih jelas.

SPNB turut progres dalam menyelesaikan isu-isu yang timbul, di samping menggerakkan usaha berterusan bagi menyiapkan dan memulihkan projek yang tergendala. Pada tahun 2021 sendiri, kita telah membina 6,159 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) dan berjaya menyiapkan 5 projek dari tahun-tahun yang terdahulu dan berjaya menyediakan 1,400 rumah (Kediaman SPNB) kepada keluarga di seluruh Malaysia, bermula dari Gurun, Kedah sehingga ke Kunak, Sabah.

Sasaran pada suku pertama 2022, SPNB akan melancarkan 3 projek hartanah menarik yang baharu melibatkan 2,023 unit rumah di bawah jenama Kediaman SPNB. Selain itu, selaras dengan pengumuman bajet yang dibuat oleh YB Menteri Kewangan baru-baru ini, SPNB akan menyediakan 3,000 unit tambahan Rumah Mesra Rakyat (RMR) kepada penerima yang layak.

Apa yang saya boleh katakan, kejayaan ini tidak boleh dicapai tanpa usaha berterusan seluruh warga kerja dan sokongan tidak berbelah bahagi dari pihak berkepentingan; Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kementerian Kewangan (MoF). Untuk mulakan tahun ini, mari kita rapatkan jurang yang ada dan bekerjasama demi mencapai matlamat serta bersama-sama mendepani semua cabaran yang mendatang, terutamanya pada masa yang mencabar ini.

Bersama kita membina kediaman berdayahuni untuk Keluarga Malaysia. Terima kasih.

DATUK HASLEEN ISNIN
Ketua Pegawai Eksekutif
Syarikat Perumahan Negara Berhad

#KediamanAndaTanggungjawabKami

Syarikat Perumahan Negara Berhad
Level 1, Block C, Dataran PHB, Saujana Resort,
Seksyen U2, 40150 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Di bawah pengurusan
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan

Aduan dan maklumbalas

Ikuti kami di sosial media
Sistem Pengurusan Anti-Bribery
©2023 Syarikat Perumahan Negara Berhad.   Hakcipta Terpelihara