Lawatan YB Haji Akmal Nasrullah ke Aspire Residence

YB Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir, Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) hari ini mengadakan lawatan turun padang bagi melihat sendiri status terkini projek pembangunan kediaman Aspire Residence, di Cyberjaya. 

Dengan pembinaan telah dimulakan semula pada bulan Mei 2022 oleh kontraktor penyelamat, SPNB yakin bahawa projek yang telah mencapai kemajuan lebih daripada 90% ini akan dapat dilaksanakan mengikut tempoh masa yang ditetapkan bagi memastikan kebajikan semua pembeli sedia ada kediaman ini terpelihara.

SPNB sentiasa peka dan komited memperkasa agenda perumahan serta kesejahteraan seluruh rakyat sebagaimana tujuh fokus utama yang telah digariskan oleh KPKT dan salah satunya adalah perancangan perumahan yang lebih komprehensif dan berdaya saing.

Syarikat Perumahan Negara Berhad
Level 1, Block C, Dataran PHB, Saujana Resort,
Seksyen U2, 40150 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Di bawah pengurusan
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan

Aduan dan maklumbalas

Ikuti kami di sosial media
Sistem Pengurusan Anti-Bribery
©2023 Syarikat Perumahan Negara Berhad.   Hakcipta Terpelihara