Pelantikan Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad

SHAH ALAM, 23 MAC 2023 - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dengan sukacitanya memaklumkan pelantikan Datuk Husam bin Musa sebagai Pengerusi SPNB yang baharu berkuat kuasa 22 Mac 2023 menggantikan Dato’ Mohd Nizar Bin Haji Zakaria.

Datuk Husam bin Musa memiliki Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya dan mengikuti kursus Bahasa Arab di Jordan pada tahun 1987.

Beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat Negeri Kelantan Darul Naim pada tahun 2004 hingga 2008 serta Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan Darul Naim pada tahun 2008 hingga 2013 (Exco Kerajaan Negeri Kelantan).

Selain itu, beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Pengerusi Kemubu Agriculture Development Authority (KADA) dan juga sebagai Pengerusi Anak Syarikat Kerajaan Negeri Kelantan seperti Kifalah Sdn Bhd.

Kami mengalu-alukan pelantikan Pengerusi baharu SPNB dalam barisan kepimpinan syarikat dan berharap dengan pengalaman luas serta kepimpinan beliau, SPNB akan terus mencapai kecemerlangan di masa hadapan.

#KediamanAndaTanggungjawabKami

MENGENAI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD

SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD (SPNB) adalah sebuah syarikat milik Menteri Kewangan (Diperbadankan) yang ditubuhkan pada 21 Ogos 1997 untuk menyediakan rumah mampu milik berkualiti dan mampan kepada setiap keluarga di Malaysia sejajar dengan Dasar Perumahan Negara.

Dikeluarkan oleh Seksyen Unit Komunikasi Korporat dan Stakeholder. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi di talian 03-2618 2587/5659 atau menerusi email di pr@spnb.com.my.

Syarikat Perumahan Negara Berhad
Level 1, Block C, Dataran PHB, Saujana Resort,
Seksyen U2, 40150 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Di bawah pengurusan
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan

Aduan dan maklumbalas

Ikuti kami di sosial media
Sistem Pengurusan Anti-Bribery
©2023 Syarikat Perumahan Negara Berhad.   Hakcipta Terpelihara