Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) Jangka Permohonan RMR Meningkat Pada Tahun Ini

KOTA BHARU, 18 APRIL 2023 – YBhg Datuk Husam bin Musa telah mengadakan lawatan kerja pertamanya ke Negeri Kelantan sebagai Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bermula semalam.

Lawatan selama dua hari ini dimulakan dengan sesi taklimat oleh Mejar (B) Ismail bin Hassan selaku Pengarah Wilayah (Timur) SPNB di Pejabat Cawangan SPNB Kelantan dan diteruskan dengan program beramah mesra bersama seluruh warga kerja cawangan Kelantan.

Hari ini beliau hadir ke Sesi Penyerahan Kunci Rumah Mesra Rakyat (RMR) bagi menyempurnakan acara penyampaian kunci rumah kepada enam penerima dari kawasan Parlimen Kubang Kerian dan Kota Bharu.

Menurut Datuk Husam bin Musa, menerusi pengumuman YB Nga Kor Ming, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) berhubung dengan kriteria terbaharu syarat permohonan RMR, SPNB menjangkakan permohonan RMR akan meningkat pada tahun ini.

“Peningkatan had kelayakan pendapatan bulanan rumah yang layak memohon dari RM3,000 kepada RM5,000 bakal membuka peluang yang lebih besar kepada rakyat yang layak untuk memiliki rumah sendiri melalui Program RMR ini”

“Justeru, kepada yang berminat dengan program RMR ini, permohonan boleh dilakukan secara atas talian menerusi laman portal rasmi SPNB di pautan www.spnb.com,my,” tambahnya lagi.

Antara syarat kelayakan yang lain bagi pemohonan RMR adalah seperti berikut:

i. Warganegara Malaysia.

ii. Pemohon mestilah berumur 18 sehingga 65 tahun.

iii. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna.

iv. Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/bebanan/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.

v. Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,000 kps (tertakluk kepada rekabentuk).

Semenjak diperkenalkan pada tahun 2002 sehingga bulan 16 April 2023, SPNB telah berjaya membina sebanyak 8,877 unit RMR di negeri Kelantan.

SPNB sentiasa memberikan komitmen bagi memastikan projek-projek penyediaan perumahan kepada seluruh rakyat di bawah seliaan KPKT diberi keutamaan dalam memperkasa agenda perumahan serta kesejahteraan seluruh rakyat menerusi kerangka Malaysia Madani.

#KediamanAndaTanggungjawabKami

MENGENAI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD

SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD (SPNB) adalah sebuah syarikat milik Menteri Kewangan (Diperbadankan) yang ditubuhkan pada 21 Ogos 1997 untuk menyediakan rumah mampu milik berkualiti dan mampan kepada setiap keluarga di Malaysia sejajar dengan Dasar Perumahan Negara.

Dikeluarkan oleh Seksyen Unit Komunikasi Korporat dan Stakeholder. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi di talian 03-2618 2587/5659 atau menerusi email di pr@spnb.com.my.

Syarikat Perumahan Negara Berhad
Level 1, Block C, Dataran PHB, Saujana Resort,
Seksyen U2, 40150 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Di bawah pengurusan
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan

Aduan dan maklumbalas

Ikuti kami di sosial media
Sistem Pengurusan Anti-Bribery
©2023 Syarikat Perumahan Negara Berhad.   Hakcipta Terpelihara