SPNB Terus Cemerlang Terajui Penyediaan Kediaman Mampu Milik Malaysia MADANI

SEPANG, 27 Jun 2023 – YB Tuan Nga Kor Ming (YB KM), Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengadakan lawatan tapak di projek Kediaman Aspire Residence, Cyberjaya bagi melihat sendiri kemajuan projek berkenaan pada pagi ini. Sesi lawatan ini turut disertai oleh YBhg. Datuk Hasleen Bin Isnin, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Perumahan Negara (SPNB).

Menurut YB KM, dalam tempoh 3 tahun bermula Ogos 2020 di bawah pengurusan baharu Ketua Pegawai Eksekutif SPNB, Datuk Hasleen Bin Isnin, SPNB telah melalui satu fasa penyusunan semula strategi bagi memastikan syarikat ini kembali fokus sebagai peneraju penyediaan kediaman mampu milik dengan pelbagai penyelesaian isu-isu legasi telah berjaya dicapai sehingga hari ini yang melibatkan Projek Kediaman SPNB dan Program Rumah Mesra Rakyat (RMR).

“SPNB selaku agensi pelaksana yang menyumbang kepada penyediaan rumah mampu milik berkualiti dan berdaya huni di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah melaksanakan transformasi yang memberi impak positif signifikan kepada sektor pembinaan rumah mampu milik kepada rakyat di negara.” Ujar beliau.

YB KM juga mengutarakan di bawah pengurusan Datuk Hasleen Bin Isnin, fokus utama SPNB adalah untuk menyelesaikan 12 projek perumahan dari legasi terdahulu dan kesemuanya akan dapat diselesaikan pada hujung tahun ini atau sukuan pertama tahun 2024:

  1. 1,828 unit (52%) telah berjaya disiapkan.
  2. 1,711 unit (48%) dalam pembinaan akan disiapkan sepenuhnya menjelang Mac 2024.

Terkini, kejayaan di bawah pengurusan baharu adalah Projek Aspire Residence Cyberjaya, merupakan salah satu projek kediaman yang telah berjaya dibaik pulih oleh SPNB bermula penghujung 2020. Dengan pembinaan telah dimulakan semula pada bulan Mei 2022 oleh kontraktor penyelamat, SPNB yakin bahawa projek yang telah mencapai kemajuan lebih daripada 96% ini akan siap dan dapat diserahkan kunci kepada seluruh pembeli pada bulan September tahun ini.

Setakat ini, usaha yang telah dilaksanakan untuk memulihkan keseluruhan projek-projek ini menggunakan pendapatan dalaman syarikat.

Selain projek Kediaman, SPNB juga menawarkan program Rumah Mesra Rakyat (RMR) yang diwujudkan bagi membantu golongan sasar yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12), Kerajaan telah menyasarkan untuk membina sebanyak 500,000 unit rumah mampu milik bagi meningkatkan peluang kumpulan B40 dan M40 untuk memiliki kediaman sendiri dan SPNB telah dipertanggungjawabkan untuk membina 15,000 unit RMR di seluruh negara menjelang tahun 2025.

YB KM turut menyatakan bahawa SPNB bakal membina 15,445 unit RMR dua tahun lebih awal dari sasaran dan pembinaan ini melebihi 15,000 unit yang diperuntukkan menerusi RMKe-12. Ini sekaligus menyumbang kepada 4% daripada sasaran keseluruhan RMKe-12.

Sementara itu sepanjang 3 tahun di bawah pengurusan baharu juga, SPNB telah melaksanakan 10 penambahbaikkan bagi Program RMR ini:

  1. Pembinaan kurang dari 3 bulan dan rekod pembinaan paling pantas setakat ini adalah selama 25 hari.
  2. 6 pilihan reka bentuk baharu ditawarkan kepada pemohon RMR bermula tahun 2021.
  3. RMR diiktiraf oleh pihak SIRIM pada 14 Jun 2023 melalui persijilan ISO 37001:2016 / MS ISO 37001:2016 bagi penyediaan perkhidmatan pengurusan perolehan kontraktor Rumah Mesra Rakyat (RMR).
  4. Syarat pendapatan yang asal RM3,000 ke bawah telah diluluskan pihak EPU pada 11 Jan 2023 untuk dinaikkan kepada RM5,000 ke bawah.
  5. Skim dan perkhidmatan perlindungan insuran sedia ada telah ditambahbaik melalui program Insurans “Komuniti Plus” yang meliputi perlindungan seperti perlindungan kemalangan, kebakaran, banjir, badal haji serta khairat kematian.
  6. Kerjasama dengan Kerajaan Negeri untuk bantu tawar pembiayaan kepada pemohon RMR bagi mempercepatkan kutipan semula pinjaman kepada SPNB.
  7. Di negeri Sarawak, SPNB Sarawak telah diwartakan sebagai status ”Native” pada 27 Jan 2022, membolehkan SPNB memberi pinjaman secara langsung kepada pemohon.
  8. Permohonan RMR secara atas talian (online) diaktifkan semula setelah ditutup pada 2018. Sistem permohonan juga sedang ditambahbaik membolehkan pemohon menyemak tempoh dan kedudukan giliran menunggu secara ‘real time’ serta pengenalan fungsi interaksi dua hala antara pemohon dan SPNB untuk tujuan penambahbaikan program RMR pada masa hadapan.
  9. Saiz RMR telah disemak semula dan diselaraskan dengan saiz program perumahan bersubsidi yang lain di bawah KPKT bagi menyelesaikan isu kenaikan harga bahan binaan.
  10. Kesemua tunggakan hutang kontraktor RMR bagi tahun-tahun terdahulu (<2021) berjumlah lebih kurang RM30juta telah diselesaikan sepenuhnya pada 29 Mac 2022.

Dengan transformasi yang telah dilaksanakan, SPNB tekad untuk terus memberikan komitmen bagi memastikan projek-projek penyediaan perumahan kepada seluruh rakyat di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) diberi keutamaan dalam memperkasa agenda perumahan serta kesejahteraan seluruh rakyat menerusi kerangka Malaysia MADANI.  

#KediamanAndaTanggungjawabKami
#StrongerTogether
#DemiPertiwi
#UnityInDiversity
#MalaysiaMADANI

MENGENAI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD

SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD (SPNB) adalah sebuah syarikat milik Menteri Kewangan (Diperbadankan) yang ditubuhkan pada 21 Ogos 1997 untuk menyediakan rumah mampu milik berkualiti dan mampan kepada setiap keluarga di Malaysia sejajar dengan Dasar Perumahan Negara.

Dikeluarkan oleh Seksyen Unit Komunikasi Korporat dan Stakeholder. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi di talian 03-2618 2587/5659 atau menerusi email di pr@spnb.com.my.

Syarikat Perumahan Negara Berhad
Level 1, Block C, Dataran PHB, Saujana Resort,
Seksyen U2, 40150 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Di bawah pengurusan
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan

Aduan dan maklumbalas

Ikuti kami di sosial media
Sistem Pengurusan Anti-Bribery
©2023 Syarikat Perumahan Negara Berhad.   Hakcipta Terpelihara