KPKT Komited Membangunkan Infrastruktur Awam Dan Perumahan MADANI Demi Kesejahteraan Masyarakat

SELANGOR, 13 Julai 2023 – YB Tuan Nga Kor Ming (YB KM), Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM2.79 juta kepada Majlis Perbandaran Hulu Selangor bagi menaik taraf dan menyelenggara infrastruktur awam di Kampung Baru Daerah Hulu Selangor.

YB KM telah turun padang dalam siri lawatan kerja beliau sempena Program Sentuhan Kasih KPKT pagi ini bagi meninjau keperluan kemudahan awam serta infrastruktur di Seksyen 3, Bandar Utama Batang Kali, Kampung Stesen, Ulu Yam Lama, Kampung Asam Kumbang, Taman Kalumpang dan Kampung Air Panas, Hulu Selangor.

YB KM telah mengumumkan peruntukan yang melibatkan projek-projek BP.1 dan Bahagian Kampung Baru Cina seperti berikut;

  1. Kerja-kerja menaik taraf parit utama di kawasan Seksyen 3, Bandar Utama Batang Kali;
  2. Kerja-kerja menaik taraf gelanggang bola keranjang sedia ada di Taman Kalumpang;
  3. Kerja-kerja menyelenggara kolam takungan Taman Seri Batang Kali;
  4. Kerja-kerja menaik taraf parit utama di kawasan Sungai Buaya, Serendah;
  5. Kerja-kerja pembinaan baharu kiosk di kawasan Perbandaran hulu Selangor;
  6. Kerja-kerja menaik taraf pagar di sekeliling gelanggang bola keranjang tertutup di Kampung Asam Kumbang, Hulu Selangor;
  7. Membaik pulih gelanggang badminton dan pemasangan pagar kawasan taman permainan Kampung Asam Kumbang;
  8. Kerja-kerjamenaiktarafpagardisekelilinggelanggangbolakeranjangdanlain-lain kerja berkaitan di Kampung Bukit Chandang, Hulu Selangor;
  9. Kerja-kerja menaik taraf longkang sedia ada di Kampung Baru Kuala Kubu Baru (Chuang Rasa), Hulu Selangor;
  10. Kerja-kerja menaik taraf gelanggang bola keranjang di Kampung Baru Damai (Serendah), Hulu Selangor;
  11. Cadangan kerja-kerja menaik taraf longkang di Gurney;
  12. Kerja-kerja menaik taraf gelanggang bola Keranjang di Kampung Dato’ Harun, Serendah, Hulu Selangor;
  13. Kerja-kerja menaik taraf Dewan Balai Raya di Kampung Stesyen (Ulu Yam Lama), Hulu Selangor; dan
  14. Kerja-kerja menaik taraf longkang di Kampung Stesyen (Ulu Yam Lama), Hulu Selangor.

Menurut YB KM, “Kerajaan Persekutuan yakin ‘sentuhan kasih KPKT’ yang telah diberikan adalah berdasarkan keperluan menerusi inisiatif KPKT dalam memastikan keselesaan dan kesejahteraan penduduk Hulu Selangor. Ia merupakan “performance-based budget” atau peruntukan berlandaskan pelaksanaan bagi memastikan perkhidmatan dan fokus KPKT terhadap kesejahteraan rakyat dapat terus dipertingkatkan.”

Dalam rangka lawatan tersebut, YB KM turut menghadiri Majlis Pecah Tanah Program Rumah MADANI Rakyat di Kampung Air Panas, Selangor. Pembinaan Rumah MADANI Rakyat di bawah Program Bina Baharu Rumah Kampung Baru ini adalah menggunakan peruntukan KPKT sepenuhnya di mana Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah dipertanggungjawabkan sebagai agensi pelaksana. Dengan harga mampu milik iaitu RM70,000 seunit, Rumah MADANI Rakyat ini dibina dengan keluasan 660 kaki persegi merangkumi 3 bilik tidur dan 2 bilik air.

YB KM berkata, “Program Bina Baharu Rumah Kampung Baru, Rumah MADANI Rakyat ini diwujudkan untuk meningkatkan kualiti kehidupan keluarga luar bandar serta membina rumah kediaman yang lebih selamat dan selesa sebagai asas pertumbuhan sesebuah keluarga. Justeru, sebanyak 22 unit Rumah Bina Baharu Kampung Baru akan dibina di Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Selangor.”

Tambah beliau, “Keseluruhan peruntukan naik taraf kemudahan awam dan infrastruktur ini merupakan “performance-based budget” atau peruntukan berlandaskan pelaksanaan bagi memastikan perkhidmatan dan fokus KPKT terhadap kesejahteraan rakyat dapat terus dipertingkatkan.”

Turut hadir semasa lawatan kerja tersebut ialah YB Tuan Ng Sze Han, EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru; YBrs. Tuan Muhammad Razman bin Abu Samah, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPKT; YBhg. Datuk Hasleen bin Isnin, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) serta Pengurusan Tertinggi KPKT dan ketua jabatan peringkat negeri dan daerah.

KPKT melalui Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) akan sentiasa bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh Malaysia bagi merealisasikan perancangan pembangunan demi meningkatkan mutu perkhidmatan dan kesejahteraan rakyat.

#MalaysiaMADANI
#StrongerTogether
#DemiPertiwi
#UnityInDiversity

MENGENAI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD

SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD (SPNB) adalah sebuah syarikat milik Menteri Kewangan (Diperbadankan) yang ditubuhkan pada 21 Ogos 1997 untuk menyediakan rumah mampu milik berkualiti dan mampan kepada setiap keluarga di Malaysia sejajar dengan Dasar Perumahan Negara.

Dikeluarkan oleh Seksyen Unit Komunikasi Korporat dan Stakeholder. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi di talian 03-2618 2587/5659 atau menerusi email di pr@spnb.com.my.

Syarikat Perumahan Negara Berhad
Level 1, Block C, Dataran PHB, Saujana Resort,
Seksyen U2, 40150 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Di bawah pengurusan
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan

Aduan dan maklumbalas

Ikuti kami di sosial media
Sistem Pengurusan Anti-Bribery
©2023 Syarikat Perumahan Negara Berhad.   Hakcipta Terpelihara