Pelantikan Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad

SHAH ALAM, 20 JULAI 2022 - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dengan sukacitanya memaklumkan pelantikan YB Dato’ Mohd Nizar Bin Haji Zakaria sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif SPNB yang baharu berkuatkuasa mulai 15 Julai 2022 menggantikan YB Puan Hajah Haniza Mohamed Talha.

YB Dato’ Mohd Nizar Bin Haji Zakaria, memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam dari Universiti Utara Malaysia, Kedah. Selain itu, beliau turut memiliki Ijazah Sarjana Pendidikan dari Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Imam Bonjol, Padang Sumatera Barat, Indonesia.

Beliau yang kini merupakan Ahli Parlimen Parit pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah Negeri Perak (EXCO Kerajaan Negeri Perak), Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Belanja, Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Pertubuhan Peladang Kawasan Parit, Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah SMA Maahad Al Aziz dan Penaung PBSM Perak Tengah.

Kami mengalu-alukan pelantikan Pengerusi baharu SPNB dalam barisan kepimpinan syarikat dan berharap beliau akan dapat menyuntik semangat untuk SPNB terus mencapai kecemerlangan di masa hadapan.

#KediamanAndaTanggungjawabKami

MENGENAI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD

SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD (SPNB) adalah sebuah syarikat milik Menteri Kewangan (Diperbadankan) yang ditubuhkan pada 21 Ogos 1997 untuk menyediakan rumah mampu milik berkualiti dan mampan kepada setiap keluarga di Malaysia sejajar dengan Dasar Perumahan Negara.

Dikeluarkan oleh Seksyen Unit Komunikasi Korporat dan Stakeholder. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi di talian 03-2618 2587/5659 atau menerusi email di pr@spnb.com.my.

Syarikat Perumahan Negara Berhad
Level 1, Block C, Dataran PHB, Saujana Resort,
Seksyen U2, 40150 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Di bawah pengurusan
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan

Aduan dan maklumbalas

Ikuti kami di sosial media
Sistem Pengurusan Anti-Bribery
©2023 Syarikat Perumahan Negara Berhad.   Hakcipta Terpelihara