SPNB Yakin Capai Sasaran Pembinaan 15,000 Unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) Dalam Tempoh RMK-12 Seawal Tahun 2024

KELANTAN, 18 JUN 2023 – YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri telah menyempurnakan Sesi Penyerahan Kunci Rumah Mesra Rakyat (RMR) kepada penerima rumah di Kelantan pada petang ini.

Sesi penyerahan yang diadakan di salah sebuah rumah penerima di Kota Bharu ini turut dihadiri oleh YBhg Datuk Husam bin Musa; Pengerusi SPNB dan YBhg Datuk Hasleen bin Isnin; Ketua Pegawai Eksekutif SPNB.

Menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12), Kerajaan telah menyasarkan untuk membina sebanyak 500,000 unit rumah mampu milik bagi meningkatkan peluang kumpulan B40 dan M40 untuk memiliki kediaman sendiri dan SPNB telah diperuntukkan untuk membina 15,000 unit RMR di seluruh negara menjelang tahun 2025.

Sejajar dengan hasrat kerajaan tersebut, SPNB yakin akan melaksanakan 15,000 Rumah Mesra Rakyat (RMR) dalam tempoh 2021 sehingga 2025 seperti yang diperuntukkan di bawah RMKe-12 seawal tahun 2024.

Menurut YBhg Datuk Husam bin Musa, bagi tahun 2023, sehingga kini SPNB telah melaksanakan sebanyak 3,545 unit RMR yang merangkumi 2,558 unit RMR sedang dalam pembinaan dan 987 unit RMR telah siap dibina.

“Menerusi peruntukan sebanyak RM358 juta yang diumumkan pada Belanjawan 2023 yang lepas, SPNB menyasarkan untuk menyiapkan sejumlah 4,250 unit RMR menjelang Disember 2023 di seluruh negara.”

“SPNB yakin Kerajaan akan meluluskan peruntukan lebih dari RM354 juta untuk melaksanakan sasaran 15,000 unit RMR pada tahun hadapan bagi menampung permohonan RMR yang semakin meningkat.” tambah beliau lagi.

Sejak RMR diperkenalkan bermula tahun 2002 sehingga bulan Mei 2023, SPNB telah berjaya membina sebanyak 57,452 unit RMR di seluruh negara dengan sejumlah 4,463 unit masih dalam proses pembinaan. Manakala senarai menunggu subsidi adalah sebanyak 5,762 pemohon dan dalam proses permohonan adalah sebanyak 87,886 pemohon.

Program RMR merupakan salah satu program di bawah seliaan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang diwujudkan bagi membantu golongan sasar yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

SPNB sentiasa memberikan komitmen bagi memastikan projek-projek penyediaan perumahan kepada seluruh rakyat di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) diberi keutamaan dalam memperkasa agenda perumahan serta kesejahteraan seluruh rakyat menerusi kerangka Malaysia MADANI.  

#KediamanAndaTanggungjawabKami

MENGENAI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD

SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD (SPNB) adalah sebuah syarikat milik Menteri Kewangan (Diperbadankan) yang ditubuhkan pada 21 Ogos 1997 untuk menyediakan rumah mampu milik berkualiti dan mampan kepada setiap keluarga di Malaysia sejajar dengan Dasar Perumahan Negara.

Dikeluarkan oleh Seksyen Unit Komunikasi Korporat dan Stakeholder. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi di talian 03-2618 2587/5659 atau menerusi email di pr@spnb.com.my.

Syarikat Perumahan Negara Berhad
Level 1, Block C, Dataran PHB, Saujana Resort,
Seksyen U2, 40150 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Di bawah pengurusan
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan

Aduan dan maklumbalas

Ikuti kami di sosial media
Sistem Pengurusan Anti-Bribery
©2023 Syarikat Perumahan Negara Berhad.   Hakcipta Terpelihara