Status Kemajuan Terkini Kediaman Aspire Residence Cyberjaya: Komitmen SPNB Memperkukuh Agenda Malaysia Madani

SEPANG, 10 APRIL 2023 – YBhg Datuk Husam Musa, Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) hari ini mengadakan lawatan turun padang bagi melihat sendiri kemajuan terkini projek pembangunan kediaman Aspire Residence, di Cyberjaya hari ini.

Turut hadir, barisan lembaga pengarah SPNB terdiri daripada YBhg. Datuk Sr. Ahmad Zailan Bin Azizuddin, YBhg. Dato’ Muhamad Anuar Bin Mat Bakar, YBrs Encik Anuar Bin Omar serta pengurusan tertinggi SPNB.

Projek Aspire Residence Cyberjaya ini merupakan salah satu projek kediaman yang mula dibangunkan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad pada tahun 2016 yang mengalami kelewatan.

Dengan pembinaan telah dimulakan semula pada bulan Mei 2022 oleh kontraktor penyelamat, SPNB yakin bahawa projek yang telah mencapai kemajuan lebih daripada 93% ini akan dapat dilaksanakan mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

Menurut Datuk Husam Musa, menerusi agenda Malaysia Madani, beliau akan memperkasa peranan SPNB dalam pembangunan perumahan berpaksikan kerangka dasar madani yang menerapkan nilai kemampanan, kesejahteraan, daya cipta,hormat, keyakinan dan ihsan.

“Mengambil salah satu contoh dari sudut intisari kesejahteraan, penyiapan kediaman Aspire Residence secara tidak langsung akan mengukuhkan agenda kesejahteraan rakyat dalam sektor perumahan seperti mana yang digariskan dalam keranga dasar madani tersebut”

“Dasar ini mampu dicapai menerusi pembentukan komuniti di lokasi kediaman yang strategik dengan penawaran pelbagai fasiliti lengkap yang bakal memberi sumbangan besar terhadap aspek kemampanan sosial, kualiti hidup, kesejahteraan mental dan fizikal serta persekitaran kepada penghuninya”.

Projek Aspire Residence Cyberjaya ini melibatkan pembinaan tiga blok kediaman meliputi 1,168 unit kediaman bagi tiga kategori berbeza mengikut saiz kediaman. Harga jualan bagi projek ini bermula dari RM280,000.00 dengan fasiliti seperti kolam renang, taman permainan, dewan serbaguna dan gimnasium yang akan disiapkan dan diserahkan kepada pembeli pada bulan September 2023.

Pihak SPNB akan memastikan bahawa setiap hak-hak pembeli akan terjamin sepenuhnya tertakluk kepada Perjanjian Jual Beli yang telah ditandatangani para pembeli sebelum ini. Ini termasuklah juga urusan pembayaran Denda Serah Lewat (LAD) seperti yang termaktub dalam perjanjian jual beli bagi menampung sebarang kerugian para pembeli.

SPNB sentiasa memberikan komitmen bagi memastikan projek-projek penyediaan perumahan kepada seluruh rakyat di bawah seliaan KPKT diberi keutamaan dalam memperkasa agenda Malaysia Madani untuk kesejahteraan seluruh rakyat.

#KediamanAndaTanggungjawabKami

MENGENAI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD

SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD (SPNB) adalah sebuah syarikat milik Menteri Kewangan (Diperbadankan) yang ditubuhkan pada 21 Ogos 1997 untuk menyediakan rumah mampu milik berkualiti dan mampan kepada setiap keluarga di Malaysia sejajar dengan Dasar Perumahan Negara.

Dikeluarkan oleh Seksyen Unit Komunikasi Korporat dan Stakeholder. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi di talian 03-2618 2587/5659 atau menerusi email di pr@spnb.com.my.

Syarikat Perumahan Negara Berhad
Level 1, Block C, Dataran PHB, Saujana Resort,
Seksyen U2, 40150 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Di bawah pengurusan
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan

Aduan dan maklumbalas

Ikuti kami di sosial media
Sistem Pengurusan Anti-Bribery
©2023 Syarikat Perumahan Negara Berhad.   Hakcipta Terpelihara