Vila Idaman Tanah Hitam, Chemor, Perak telah memenangi anugerah Best Mass Market Landed Development (Northern) di PropertyGuru Asia Awards Malaysia, yang berlangsung pada 8 Oktober 2025.
Majlis Perasmian Persidangan Hartanah ASEAN (AREC) 2025 yang telah dirasmikan oleh Datuk Seri Fadillah Yusof, Timbalan Perdana Menteri dan turut dihadiri oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming pada 23 Julai 2025 bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
SPNB menerima pengiktirafan berprestij The Golden Bull Awards di Makan Malam Gala Golden Bull Awards 2025 (Malaysian chapter) pada 3 Julai 2025 bertempat di One World Hotel, Petaling Jaya.
Majlis Penyerahan Kunci Rumah Mesra Rakyat (RMR) & Program Bina Baharu Rumah di Bandar sempena Sentuhan Kasih KPKT yang dirasmikan oleh Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 3 Mei 2025 bertempat di Kuantan, Pahang.
Program Mini Karnival Kerjaya Komuniti Kampung Ayer Hitam Santuni MADANI 2025 yang dirasmikan Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada 26 April 2025 bertempat di Kampung Ayer Hitam, Teluk Intan, Perak.