Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meneruskan program Sentuhan Kasih Ramadan KPKT menerusi agihan juadah berbuka puasa kepada petugas media bermula dari RTM pada 5 Mac 2025.
KUALA LUMPUR, 5 Mac-Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meneruskan program Sentuhan Kasih Ramadan KPKT menerusi agihan juadah berbuka puasa kepada petugas media. Timbalan Ketua Setiausaha (Perumahan dan Kesejahteraan Komuniti) KPKT, Suhaimi Ali berkata kempen yang memasuki tahun keempat itu diteruskan bagi memberi penghargaan kepada petugas media yang membantu dalam membuat hebahan program dan dasar […]
Majlis Penyerahan Kunci Rumah Vila Idaman dan Rumah Mesra Rakyat (RMR) bertempat di Pinggiran Tanah Hitam, Chemor, Perak yang disempurnakan oleh YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan sempena Program Sentuhan Kejayaan KPKT.