Satu Majlis Majlis Apresiasi Kontraktor & Stakeholder Bagi Tahun 2022 Negeri Sarawak telah diadakan di SPNB Cawangan Sarawak yang terletak di Kuching pada 19 Disember 2022. Ianya sebagai tanda penghargaan kepada Kontraktor dan Stakeholder dalam pelaksanaan RMR Sarawak bagi tahun 2022. Majlis ini telah dihadiri seramai 20 orang Kontraktor dan 2 Stakeholder.
Taklimat Program RMR bagi Tahun 2023 Negeri Melaka telah diadakan di SPNB Cawangan Melaka yang terletak di Taman 1 Lagenda pada 19 Disember 2022. Program ini melibatkan pemohon RMR dan juga Ketua Pengarah Pembangunan SPNB iaitu En Zahanuddin B Kamarudin diwakili oleh Pegawai Perhubungan Negeri Melaka serta kakitangan SPNB Melaka.
Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) telah dianjurkan oleh SPNB Cawangan Sabah yang melibatkan kakitangan SPNB Sabah pada 24 November 2022 bertempat di Rumah Anak Yatim, Tambunan, Sabah.